Tuesday, 8 March 2016

Kenapa saya pilih takaful

Minggu ni umi terpaksa cuti dari sebarang aktiviti.
.
Sebab menjaga Amanah Allah tu perlu diutamakan. Syukur reward trip ke HCM dah let go awal-awal kalau tak burn macam tu je. 😬
.
Kerana ini lah Big WHY umi, kenapa umi berhenti dari makan gaji. Dan kenapa umi join dunia Takaful dan memilih #PruBSN adalah sebab diri sendiri adalah client sebelum menjadi ejen. Yang membuatkan tertarik dan percaya dengan #PruBSN bila semua claim lepas tak pernah ada masalah.
.
Dengan kesedaran sendiri dan minat datang dengan sendiri, umi join dunia ni nk berkongsi dan bagi kesedaran pada semua orang tentang manfaat Takaful. 
.
Tiada istilah "jadi ejen dulu baru sedar".  
.
Cuma yang ada "ambik je Takaful masa dulu tak tau apa sangat yang penting kalau anak tak sihat tak merasa bayar bil hospital beriban-riban sedebuk" sebab dah ada pengalaman umi dari kakak, lambat ambik Takaful tak lepas tempoh menunggu dia dimasukkan ke hospital.
.
Sebenarnya manfaat takaful ni bermacam-macam bukan sekadar medical card. Sebelum jadi ejen memang medical card je lah dalam kepala.
.
Hospital kerajaan memang ada tapi umi ada pilihan, umi boleh buat pilihan untuk keselesaan anak-anak umi dan umi sendiri yang nak menjaga anak-anak masa sakit.
.
Owh sebelum adik masuk ke sini, umi dah ke hospital kerajaan dah buat semua ujian dan masa tu adik di red zone jabatan kecemasan. Ramai sangat-sangat orang masa tu kesian tengok doktor tercungap-cungap, sampai ada prosedur yang lupa, tertukar report org lain dengan adik, tapi umi tak marahkan doktor sebab boleh tengok keadaan masa tu kalut sangat. Ramai sangat yang sakit. 
.
Doktor di hospital kerajaan baca X-Ray adik dan kata adik kena admit sebab keadaan paru-paru adik consider teruk. Tapi mandangkan wad terlalu penuh dan kawan sebelah adik masa tu pun belum dapat wad lagi yang dah 5 jam menunggu, doktor bagi umi pilih nak bawa adik ke Hospital lain tapi dengan syarat jangan tak pergi langsung sbb paru-paru adik tak okay.
.
Alhmdulillah datang ke sini, doktor cek adik dan terus masukkan ke ICU.
Kata doktor, disebabkan wad penuh, doktor terpaksa masukkan ke ICU sini  sebab pernafasan adik dh nampak teruk dan doktor takut adik collapse.
.
Okay lah,  panjang sangat dah umi membebel. Adik tidur boleh la bebel 😁
.
Pilihan di tangan masing-masing.
Ikhlas dari seorang ejen Takaful dan seorang yang bergelar ummi.

9/3/2016. Somewhere in ICU.

Nur 'Izzati 
0129082431

#takafulawareness 
#prubsntakaful
#takaful