Assalamualaikum wbt,
Tuan Puan yang tinggal di Bangi mencari Taska yang bersesuaian untuk meninggalkan anak-anak ketika bekerja? Jika ya, jemput datang dan melawat taska kami yang terletak di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.
Perkhidmatan.
1) Day Care - Selain menjaga anak-anak yang tetap dihantar hari-hari, kami juga menerima jagaan harian. Jagaan harian sebagai contoh parents selalunya letak anak di tempat lain yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi apabila parents cuti dan hendak menguruskan hal-hal penting, mereka akan tumpangkan di Taska berdekatan degan kawasan rumah supaya tak perlu lah mereka pergi jauh-jauh semata-mata nak hantar anak.
2) Transit - Kami menerima pelajar sekolah rendah dan tadika yang apabila pulang dari sekolah mereka memerlukan tempat persinggahan untuk mandi dan makan sebelum ke sekolah agama pula pada sesi petang (ini bagi pelajar sekolah rendah). Bagi Pelajar tadika pula, bagi tadika yang tiada day care, anak ini akan di hantar ke taska pula selepas waktu Tadika dah tamat.
Modul Aktiviti.
Di Taska Kasih Maryam , kami menjalankan aktiviti anak-anak dengan menggunakan modul PERMATA mengikut perkembangan yang sesuai dengan umur anak-anak.
Di Taska Kasih Maryam , kami menjalankan aktiviti anak-anak dengan menggunakan modul PERMATA mengikut perkembangan yang sesuai dengan umur anak-anak.
Kami juga menggunakan modul Huffaz Cilik untuk anak-anak berusia 2 hingga 4 tahun. Modul huffaz cilik ini bukan lah hafazan semata-mata tetapi lebih fokuskan untuk mengajar anak-anak untuk mengenal Allah terlebih dahulu. Anak-anak akan membuat aktiviti berdasarkan surah-surah pilihan yang dimulakan dengan surah Al-Fatihah.
Pengasuh/Pendidik
Di Taska Kasih Maryam kami mempunyai 4 orang Pengasuh/Pendidik kesemuanya. Mereka semua sangat komited dan penyayang ini terbukti apabila anak-anak di Taska Kasih Maryam kelihatan sangat rapat dengan cikgu-cikgu mereka. Di Taska Kasih Maryam, anak-anak memanggil pengasuh dengan gelaran Cikgu.
Bilangan Pengasuh akan bertambah berdasarkan bilangan budak.
gambar kenangan semasa Retreat warga Pendidik Taska di Port Dickson, December 2017 |
Ruang
Di Taska Kasih Maryam, kami menyediakan ruang untuk bayi berumur 3 bulan hingga setahun (atau yang masih belum berjalan). Di ruang ini, kami menyediakan baby cot untuk keselesaan bayi. Selain itu, kami juga menyediakan ruag untuk kanak-kanak berumur12 bulan sehingga setahun setengah di mana mereka diletakkan di dalam ruang bermain dan tidur yang berasingan daripada kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas. kami juga menyediakan bilik untuk anak-anak melakukan aktiviti hands on.
Bagi anak-anak transit pula, kami juga menyediakan ruang persalinan bagi memudahkan mereka untuk menyiapkan diri masing-masing untuk ke sekolah sesi petang pula.
Setakat ni sahaja dulu saya ceritakan perihal taska ni. Jikalau ada tuan-tuan atau puan-puan diluar sana yang sedang mencari taska untuk anak masing-masing dan memerlukan pertanyaan lain lagi boleh terus call/whatsapp saya di 012-9082431/ 018-3624391 InshaaAllah saya akan memberikan segala maklumat yang puan ingin ketahui.
Sekian. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini. :)
Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MapYRO
ReplyDeleteHarrah's Cherokee 전라남도 출장마사지 Casino & Hotel 이천 출장마사지 is located just 20 minutes 아산 출장샵 from Cherokee Casino. It's convenient and has lots of activities. The hotel 군산 출장샵 is 7.2 mi (10.6 km) 남양주 출장마사지