Thursday, 5 April 2018

Welcome 30!

Alhamdulillah, terima kasih Allah masih diberi nikmat bernafas sehingga hari ini.

Doa dan harapan, Allah panjangkan umur, berikan kesihatan yang baik supaya dapat bersama-sama suami membesarkan anak-anak jadi anak-anak yg soleh,musleh dan musoleh, dapat berkhidmat untuk mama, ayah dan mertua. 

Doakan saya dapat membantu semua ibubapa yang bekerja menyediakan pengasuh/pendidik yang baik, penyayang dan amanah menjaga anak-anak di Taska Kasih Maryam. 

Doakan firma guaman kami Izzati, Zuriyanti & Co terus maju dan dapat membrikan khidmat yang terbaik untuk clients kami.

Apa-apa pun hidup ini untuk membantu dan memudahkan urusan orang lain. Mencari rahmat dan redha Allah.

Alhamdulillah untuk semua nikmat yang Allah bagi. Terima kasih Allah. 



5/4/2018
Izzati Ali

Wednesday, 28 March 2018

TASKA SEKSYEN 3 BANDAR BARU BANGI 018-3624391


Assalamualaikum wbt,

Tuan Puan yang tinggal di Bangi mencari Taska yang bersesuaian untuk meninggalkan anak-anak ketika bekerja? Jika ya, jemput datang dan melawat taska kami yang terletak di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.



Perkhidmatan.

1) Day Care - Selain menjaga anak-anak yang tetap dihantar hari-hari, kami juga menerima jagaan harian. Jagaan harian sebagai contoh parents selalunya letak anak di tempat lain yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi apabila parents cuti dan hendak menguruskan hal-hal penting, mereka akan tumpangkan di Taska berdekatan degan kawasan rumah supaya tak perlu lah mereka pergi jauh-jauh semata-mata nak hantar anak.

2) Transit - Kami menerima pelajar sekolah rendah dan tadika yang apabila pulang dari sekolah mereka memerlukan tempat persinggahan untuk mandi dan makan sebelum ke sekolah agama pula pada sesi petang (ini bagi pelajar sekolah rendah). Bagi Pelajar tadika pula, bagi tadika yang tiada day care, anak ini akan di hantar ke taska pula selepas waktu Tadika dah tamat.


Modul Aktiviti.

Di Taska Kasih Maryam , kami menjalankan aktiviti anak-anak dengan menggunakan modul PERMATA mengikut perkembangan yang sesuai dengan umur anak-anak.

Kami juga menggunakan modul Huffaz Cilik untuk anak-anak berusia 2 hingga 4 tahun. Modul huffaz cilik ini bukan lah hafazan semata-mata tetapi lebih fokuskan untuk mengajar anak-anak untuk mengenal Allah terlebih dahulu. Anak-anak akan membuat aktiviti berdasarkan surah-surah pilihan yang dimulakan dengan surah Al-Fatihah.






Pengasuh/Pendidik
Di Taska Kasih Maryam kami mempunyai 4 orang Pengasuh/Pendidik kesemuanya. Mereka semua sangat komited dan penyayang ini terbukti apabila anak-anak di Taska Kasih Maryam kelihatan sangat rapat dengan cikgu-cikgu mereka. Di  Taska Kasih Maryam, anak-anak memanggil pengasuh dengan gelaran Cikgu. 

Bilangan Pengasuh akan bertambah berdasarkan bilangan budak.

 gambar kenangan semasa Retreat warga Pendidik Taska di Port Dickson, December 2017


Ruang
Di Taska Kasih Maryam, kami menyediakan ruang untuk bayi berumur 3 bulan hingga setahun (atau yang masih belum berjalan). Di ruang ini, kami menyediakan baby cot untuk keselesaan bayi. Selain itu, kami juga menyediakan ruag untuk kanak-kanak berumur12 bulan sehingga setahun setengah di mana mereka diletakkan di dalam ruang bermain dan tidur yang berasingan daripada kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas. kami juga menyediakan bilik untuk anak-anak melakukan aktiviti hands on.

Bagi anak-anak transit pula, kami juga menyediakan ruang persalinan bagi memudahkan mereka untuk menyiapkan diri masing-masing untuk ke sekolah sesi petang pula.


Setakat ni sahaja dulu saya ceritakan perihal taska ni. Jikalau ada tuan-tuan atau puan-puan diluar sana yang sedang mencari taska untuk anak masing-masing dan memerlukan pertanyaan lain lagi boleh terus call/whatsapp saya di 012-9082431/ 018-3624391  InshaaAllah saya akan memberikan segala maklumat yang puan ingin ketahui.

Sekian. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini. :)

Tuesday, 8 March 2016

Kenapa saya pilih takaful

Minggu ni umi terpaksa cuti dari sebarang aktiviti.
.
Sebab menjaga Amanah Allah tu perlu diutamakan. Syukur reward trip ke HCM dah let go awal-awal kalau tak burn macam tu je. 😬
.
Kerana ini lah Big WHY umi, kenapa umi berhenti dari makan gaji. Dan kenapa umi join dunia Takaful dan memilih #PruBSN adalah sebab diri sendiri adalah client sebelum menjadi ejen. Yang membuatkan tertarik dan percaya dengan #PruBSN bila semua claim lepas tak pernah ada masalah.
.
Dengan kesedaran sendiri dan minat datang dengan sendiri, umi join dunia ni nk berkongsi dan bagi kesedaran pada semua orang tentang manfaat Takaful. 
.
Tiada istilah "jadi ejen dulu baru sedar".  
.
Cuma yang ada "ambik je Takaful masa dulu tak tau apa sangat yang penting kalau anak tak sihat tak merasa bayar bil hospital beriban-riban sedebuk" sebab dah ada pengalaman umi dari kakak, lambat ambik Takaful tak lepas tempoh menunggu dia dimasukkan ke hospital.
.
Sebenarnya manfaat takaful ni bermacam-macam bukan sekadar medical card. Sebelum jadi ejen memang medical card je lah dalam kepala.
.
Hospital kerajaan memang ada tapi umi ada pilihan, umi boleh buat pilihan untuk keselesaan anak-anak umi dan umi sendiri yang nak menjaga anak-anak masa sakit.
.
Owh sebelum adik masuk ke sini, umi dah ke hospital kerajaan dah buat semua ujian dan masa tu adik di red zone jabatan kecemasan. Ramai sangat-sangat orang masa tu kesian tengok doktor tercungap-cungap, sampai ada prosedur yang lupa, tertukar report org lain dengan adik, tapi umi tak marahkan doktor sebab boleh tengok keadaan masa tu kalut sangat. Ramai sangat yang sakit. 
.
Doktor di hospital kerajaan baca X-Ray adik dan kata adik kena admit sebab keadaan paru-paru adik consider teruk. Tapi mandangkan wad terlalu penuh dan kawan sebelah adik masa tu pun belum dapat wad lagi yang dah 5 jam menunggu, doktor bagi umi pilih nak bawa adik ke Hospital lain tapi dengan syarat jangan tak pergi langsung sbb paru-paru adik tak okay.
.
Alhmdulillah datang ke sini, doktor cek adik dan terus masukkan ke ICU.
Kata doktor, disebabkan wad penuh, doktor terpaksa masukkan ke ICU sini  sebab pernafasan adik dh nampak teruk dan doktor takut adik collapse.
.
Okay lah,  panjang sangat dah umi membebel. Adik tidur boleh la bebel 😁
.
Pilihan di tangan masing-masing.
Ikhlas dari seorang ejen Takaful dan seorang yang bergelar ummi.

9/3/2016. Somewhere in ICU.

Nur 'Izzati 
0129082431

#takafulawareness 
#prubsntakaful
#takaful


Sunday, 29 November 2015

PENDAFTARAN PERCUMA - TASKA KASIH MARYAM

Assalamualaikum wbt;

Dah akhir tahun ni mesti ada ibubapa yang sedang mencari taska untuk anak-anak kan?

Berita baik, untuk ibubapa, kami akan memberikan pendaftaran PERCUMA kepada ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka pada tahun 2016. Bermakna, ibubapa tidak perlu membayar yuran pendaftaran. 

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 012-9082431/0122932439. 


Sunday, 27 September 2015

Maryam Jameelah kini setahun

Assalamualaikum.

Oleh kerana line maxis di rumah mertua di kelantan sangatlah susah nak dapat hari ni baru dapat nak update.

Semalam 27/09/2015 genap setahun  Maryam Jameelah. Selamat hari jadi adik semoga menjadi anak umi dan abi yang solehah, taat perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. 

Sekejap sangat masa berlalu rasa macam baru je adik keluar dari perut umi. Alhamdulillah masa nak lahirkan adik memang sakit masa meneran tu beza dengan kakak masa nak teran melahirkan kakak tu terus hilang semua sakit contraction. Tetapi Allah permudahkan jugak untuk umi kuat semangat teran hingga adik keluar. Sakit contraction tak lama sebelum tu terus boleh meneran. Cuma ditakdirkan uri tak nak ikut adik keluar umi terpaksa diseluk semula.

Berbeza dengan kakak dari mula lahir terus diberi susu badan umi tapi adik terpaksa diberikan susu formula sebab umi belum sedar waktu tu.

Berbeza jugak dengan kakak sebab kakak dapat full breastfeed sampai 6 bulan umi tak campur lagi. Masuk 6 bulan baru umi campur susu formula. Adik pula masa mula keluar hospital terpaksa umi mintak ma tok bagi susu formula sebab kakak mengamuk marah adik minum susu badan. Tak lama pun sehari dua je lepas tu umi tak campur dah bagi susu badan. tapi bagus jugak ada hikmah sebab kuning adik menurun tak setinggi kakak.

Alhamdulillah adik dah setahun sekarang, walaupun adik kerap masuk hospital kerap sesak nafas tapi adik ceria, suka senyum, kecik-kecik pandai mencuit hati umi abi dan kakak dengan gelagat-gelagat adik. hehe.

Umi daoakn adik membesar dengan sihat. Umi doa kat Allah supaya penyakit lelah adik ni akan berakhir dan tak berlarutan hingga adik besar kerana umi tau betapa seksanya sakit tu. 

Sampai sini je entry kali ni. Next entry mungkin umi akan ceritakan pengalaman penuh detik2 sebelum, semasa dan selepas melahirkan adik. Pengalaman kakak, pengalam pertama bersalin pun belum pernah umi cerita. InshaaAllah pada entry akan datang semua umi cerita.

Sekian,
 ummu Maryam. 

Tuesday, 1 September 2015

Kenangan Pertama Ditinggalkan

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekarang tengah uruskan pendaftaran kemasukan pelajar baru.

Diberi kaunter khas untuk pelajar nak buat rayuan bagi tak mampu bayar lagi yuran. Jadi sementara tak ada pelajar baru buat rayuan cuma memerhati gelagat-gelagat student baru.

Semua berpakaian macam budak sekolah lagi baju putih kain/seluar hitam. Ini memudahkan urusetia untuk membezakan mana student mana family. comel je. hehe

Memerhati gelagat pelajar mendaftar memang mengembalikan kenangan lama semasa mula mendaftar sebagai pelajar Universiti 9 tahun yang lalu.

Dulu masa beratur untuk proses pendaftaran hati tak tenang jantung berdegup laju mata tak tahan nak berkaca sebab mengingatkan bakal ditinggalkan oleh mama dan ayah lepas selesai sesi pendaftaran. Maklumlah pertama kali berenggang dan mengingatkan bakal tidur di hostel buat pertama kali memang menyedihkan ketika itu.

Selesai je proses pendaftaran dan lepas masukkan beg dan barang-barang semua ke bilik, ayah, mama, mek (nenek), ijah (kembar) semua yg datang hantar hari tu nak balik berlinangan air mata. Lepas hantar je mereka di tempat parking mereka bermulalah drama melayu.

Berjalan menuju ke hostel tanpa tengok orang keliling hanya air mata je yang mengalir dengan laju.  perasaan waktu tu bercampur sedih yang amat dan malu kepada orang sekeliling sepanjang perjalanan nak ke hostel.hihi

Sampai di bilik hostel menyepi di tepi dinding air mata tak henti-henti mengalir. Kawan-kawan sebilik yang lain semua dah start bersembang bersuka ria. Dalam hati ummi masa tu "diorang ni tak rindu family ke?". Rupanya semua dah biasa duduk asrama waktu sekolah menengah. 

Bila mengimbau kenangan minggu orientasi tersebut dengan kawan-kawan sebilik dulu yang kini semua dah jadi bestfriend rupanya waktu awal tu mereka anggap umi sombong. Yela muka tak nak senyum je sebab hati tengah sedih sangat berjauhan dengan family. hehe

Tapi sekarang bila ingat waktu tu sebenarnya minggu orientasi tu lah yang paling seronok kenangan semua aktiviti yang dibuat bersama-sama memang tak bileh dilupakan.

Dan, yang paling penting sebenarnya tarikh 2/7/2006 merupakan hari pertama ternampak abi maryam sakeenah dan maryam jameelah walaupun tak kenal tak bercinta lagi pun masa tu. hihihi.

Wednesday, 19 August 2015

Pandangan doktor - Maryam Jameelah

Assalamualaikum w.b.t;

Hari ni hari kedua Maryam Jameelah admitted. Kali ketiga sejak dilahirkan. Kesian anak ummi.

Abi ambik masa adik ambik neb. Adik good girl ambik neb tak nangis sebab rasa lega. Umi mata panda dah lebam sana lebam sini.;)

Kata doktor, Jameelah adalah jenis kumpulan budak-budak yang sangat sensitif yang perlukan pengawasan dan jagaan yg sangat rapi. Kalau ada je sesiapa yang tak sihat demam, batuk, selesema Jameelah akan senang berjangkit sebab paru-paru belum cukup matang walau dah 11 bulan. Ambik masa untuk matang.

Kali ni berjangkit dengan umi abi dua-dua diberi ujian sakit pada waktu yang sama. Memang terasa sangat ujian kali ni sebab first time masinh-masing tak sihat, lemah terpaksa melayan kerenah anak-anak. Tambahan pulak, anak-anak pun merengek je rupa-rupanya dua-dua pun dah nak sampai virus ke badan masing-masing. Memang ujian pertama kali. atapi takpe, umi abi bersyukur.

Berbalik pada adik Jameelah, bila ditanya  pandangan doktor apa perlu umi buat, doktor senyum dan kata "ibu dia je la ubatnya, takde yang lain. ibu kena berkorban, cuti dulu sampai dia betul-betul sihat, paru-paru betul-betul matang. Ambik la unpaid leave ibu".

Jadi, umi akan buat istikharah. Abi pun dah setuju dengan doktor. Memandangkn tak ada istilah unpaid leave untuk pekerja kontrak, maka resignation je la mungkin.

-Ummu Maryam-