Sekarang tengah uruskan pendaftaran kemasukan pelajar baru.
Diberi kaunter khas untuk pelajar nak buat rayuan bagi tak mampu bayar lagi yuran. Jadi sementara tak ada pelajar baru buat rayuan cuma memerhati gelagat-gelagat student baru.
Semua berpakaian macam budak sekolah lagi baju putih kain/seluar hitam. Ini memudahkan urusetia untuk membezakan mana student mana family. comel je. hehe
Memerhati gelagat pelajar mendaftar memang mengembalikan kenangan lama semasa mula mendaftar sebagai pelajar Universiti 9 tahun yang lalu.
Dulu masa beratur untuk proses pendaftaran hati tak tenang jantung berdegup laju mata tak tahan nak berkaca sebab mengingatkan bakal ditinggalkan oleh mama dan ayah lepas selesai sesi pendaftaran. Maklumlah pertama kali berenggang dan mengingatkan bakal tidur di hostel buat pertama kali memang menyedihkan ketika itu.
Selesai je proses pendaftaran dan lepas masukkan beg dan barang-barang semua ke bilik, ayah, mama, mek (nenek), ijah (kembar) semua yg datang hantar hari tu nak balik berlinangan air mata. Lepas hantar je mereka di tempat parking mereka bermulalah drama melayu.
Berjalan menuju ke hostel tanpa tengok orang keliling hanya air mata je yang mengalir dengan laju. perasaan waktu tu bercampur sedih yang amat dan malu kepada orang sekeliling sepanjang perjalanan nak ke hostel.hihi
Sampai di bilik hostel menyepi di tepi dinding air mata tak henti-henti mengalir. Kawan-kawan sebilik yang lain semua dah start bersembang bersuka ria. Dalam hati ummi masa tu "diorang ni tak rindu family ke?". Rupanya semua dah biasa duduk asrama waktu sekolah menengah.
Bila mengimbau kenangan minggu orientasi tersebut dengan kawan-kawan sebilik dulu yang kini semua dah jadi bestfriend rupanya waktu awal tu mereka anggap umi sombong. Yela muka tak nak senyum je sebab hati tengah sedih sangat berjauhan dengan family. hehe
Tapi sekarang bila ingat waktu tu sebenarnya minggu orientasi tu lah yang paling seronok kenangan semua aktiviti yang dibuat bersama-sama memang tak bileh dilupakan.
Dan, yang paling penting sebenarnya tarikh 2/7/2006 merupakan hari pertama ternampak abi maryam sakeenah dan maryam jameelah walaupun tak kenal tak bercinta lagi pun masa tu. hihihi.
No comments:
Post a Comment