Tuesday, 12 August 2014

IMPIAN DAN CITA-CITA KEBANYAKAN WANITA

Assalamualaikum.

Tup tap tup tap dah masuk hari ke 17 Syawal. Cepatnya masa berlalu. Salah satu tanda kiamat yang dah boleh nampak.

Sekarang, rutin harian pagi pergi kerja balik ambik anak, sampai rumah sediakan atau cari makanan untuk makan malam. Lepas makan, masuk bilik prepare anak dara sorang tu tukar pampers, bersihkan badan sikit-sikit, sediakan susu pastu get ready untuk tidur. Hari bekerja macam ni lah rutin harian. Masa untuk berbincang, sembang-sembang dengan suami pun mcam terhad. Sebab masing-masing dah letih. Kalau anak dara kecik tu tak nak tidur lagi pun kadang-kadang terpaksa memaksa dia untuk tidur sebab memikirkan esok nak kena bangun pagi-pagi lagi untuk kerja. Fizikal dan minda memang perlu rehat sngat-sangat tambah-tambag perut dah semakin sarat. 

Bosan kan kehidupan macam ni? Nak luangkan masa dengan anak pun terhad. Kesian dia. Tapi nak buat macam mana memang lumrah kehidupan nak mencari rezeki macam ni. Tapi,,,,, kalau orang yang bekerja sendiri atau surirumah mesti lain kan? Banyak masa yang boleh diluangkan dengan anak-anak. Tambah lagi kalau suami pun bekerja sendiri. Untungnyaaa.. sentiasa ada masa bersama yang banyak. Tak payah ak tunggu hari minggu. Untungnyaa.. Ni la cita-cita saya. Nak jadi surirumah sepenuh masa ataupun surirumah sambil menjalankan business sendiri atau online business. Sekarang memang dah ada online business tapi sebab bekerja tak boleh nak fokus sangat. 

Rasanya bukan cita-cita saya je kot kan? Mesti ramai ibu-ibu kat luar sana yang dah ada anak tu cita-cita dan impian sama dengan saya kan? Sebab bila dah ada anak ni hati asyik fikir anak je. Tinggal dengan orang pun susah hati. teringin nak bersama dengan dia hari-hari. Tengok dia membesr depan mata kita. Kalau saya tengok kawan-kawan saya yang mana mak diorang surirumah semuanya rapat sangat dengan mak. Manja sangat-sangat. Kalau boleh nak sangat kita dengan anak kita macam tu kan? Rapat dan boleh luah segala masalah dengan kita tanpa takut-takut.

 Ummi harap sangat dapat tengok awak membesar depan mata setiap hari sayang!

Rasa-rasa boleh tercapai tak cita-cita ni? Nak cuba berhenti kerja tapi takut. Takut dan kesian kat suami nak kena tanggung semua sorang-sorang. Kalau suami jutawan confirm senang. Tapi kami baru sama-sama nak membina kerja. Masing-masing muda lagi.

Tapi In Shaa Allah, suatu hari nanti bila dah stabil akan ku capai cita-cita tersebut. Amin


p/s : Kalau yang suka shopping online boleh search facebook byizzahizzati . [https://www.facebook.com/byizzahizzati?ref=hl] atau instagram : byizzahizzati.


Thank you.!

Friday, 18 July 2014

PENGAJARAN DARIPADA TRAGEDI MH370 & MH17

Assalamualaikum.

Pada 8 Mac 2014 yang lalu Malaysia dikejutkan dengan berita yang sangat menyedihkan. Penerbangan MH370 daripada beijing ke Kuala Lumpur dilaporkan hilang dari radar. Dan sampai sekarang, misteri MH370 masih belum daapt dikenalpasti. Walaupaun banyak spekulasi-spekulsi yang timbul, namun hanya Allah sahaja yang tau nasib mereka.

Semalam 17/7/2014 kita dikejutkan pula dengan tragedi MH17 daripada Amsterdam ke Malaysia yang terhempas akibat ditembak oleh Ukraine. MH17 menjadi mangsa pegolakan di antara Ukraine & Russia. Ya Allah, sedih & pilu bila dapat berita ni. Sekali lagi Malaysia diuji. Bayangkan perasaan keluarga mangsa terutamanya yang beragama Islam. Keluarga menunggu anak-anak yng mungkin lama tak balik ke Malaysia untuk beraya dengan penuh excited, tak sabar nak peluk anak nak melepaskan rindu, tapi~ berita yang mereka terima menyebabkan perasaan bertukar sebaliknya. Sedih, trauma, tak dapat nak bayangkan kalau terjadi pada ahli keluarga sendiri. Hanya Allah yang tau sedihnya mereka. Hanya Allah. Namun, semua itu ketentuanNYA.

Apa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran dalam tragedi yang menimpa MH370 & MH17 ini?

Mangsa-mangsa tidak terfikir pun naik kapal terbang tu untuk mati. Tidak mereka tau pun nahas bakal menimpa mereka. Semua berlaku sekelip mata. Semua dah ditakdirkan Allah. Kalau mereka tau malang bakal menimpa mereka, mungkin mereka akan batalkan penerbangan mereka.

Jadi, kita semua pun tak tau apa yang bakal berlaku kepada kita. Mungkin lagi 5 minit, petang, malam, esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan ajal kita akan tiba. Oleh itu, belum lambat untuk kita sebagai umat Islam bertaubat dengan Allah S.W.T memohon keampunanNYA. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan di saat-saat 10 malam terakhir ini, pintu taubat sentiasa terbuka dan taubat di bulan Ramadhan adalah yang paling istimewa dijanjikan Allah.

Pesan untuk diri sendiri dan kawan-kawan, Ingatlah mati itu pasti, Alam Barzakh itu pasti, Dunia hanya sementara.

Sekian.

Sunday, 6 July 2014

SELAMAT BERKENALAN

            

                                                                       Sumber : Google

                                                                    Assalamualaikum.

Sebenarnya tak tau nak taip apa. *Buntu*. Sebab dah lama tak berblogging. Ni sebenarnya blog kedua saya. Yang lama tu macam dah lama sangat menyepi and last entry tentang my first pregnancy experience. hihi. Lama sangat-sangat dah tu sebab sekarang ni tengah membuyung untuk kali kedua. Tiba-tiba terfikir nak buat blog baru sebab yang lama tu masa bujang lagi. 

Sekarang, blog baru ni akan lebih fokus kepada pengalaman-pengalaman mengandung anak pertama, anak yang bakal lahir, pengalaman bersalin, membesarkan anak dan mungkin banyak gambar-gambar anak yang membanjiri blog ni. Dan harapannya, kalau ummi ni dah tak ada suatu hari nanti, anak-anak boleh la tau serba sedikit kenangan-kenangan dorang dengan ummi dan abi dorang. Itu lah harapannya~~ :)

Ok lah, untuk entry first yang kononnya tak tau nak taip apa ni cukup setakat ni dulu la. Tunggu free next time nanti saya update entry baru. Tunggu kerajinan datang. Mana tau kejap-kejap lagi free then tiba-tiba rajin nak update pulak kan.

Sekian. :)