Assalamualaikum.
Pada 8 Mac 2014 yang lalu Malaysia dikejutkan dengan berita yang sangat menyedihkan. Penerbangan MH370 daripada beijing ke Kuala Lumpur dilaporkan hilang dari radar. Dan sampai sekarang, misteri MH370 masih belum daapt dikenalpasti. Walaupaun banyak spekulasi-spekulsi yang timbul, namun hanya Allah sahaja yang tau nasib mereka.
Semalam 17/7/2014 kita dikejutkan pula dengan tragedi MH17 daripada Amsterdam ke Malaysia yang terhempas akibat ditembak oleh Ukraine. MH17 menjadi mangsa pegolakan di antara Ukraine & Russia. Ya Allah, sedih & pilu bila dapat berita ni. Sekali lagi Malaysia diuji. Bayangkan perasaan keluarga mangsa terutamanya yang beragama Islam. Keluarga menunggu anak-anak yng mungkin lama tak balik ke Malaysia untuk beraya dengan penuh excited, tak sabar nak peluk anak nak melepaskan rindu, tapi~ berita yang mereka terima menyebabkan perasaan bertukar sebaliknya. Sedih, trauma, tak dapat nak bayangkan kalau terjadi pada ahli keluarga sendiri. Hanya Allah yang tau sedihnya mereka. Hanya Allah. Namun, semua itu ketentuanNYA.
Apa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran dalam tragedi yang menimpa MH370 & MH17 ini?
Mangsa-mangsa tidak terfikir pun naik kapal terbang tu untuk mati. Tidak mereka tau pun nahas bakal menimpa mereka. Semua berlaku sekelip mata. Semua dah ditakdirkan Allah. Kalau mereka tau malang bakal menimpa mereka, mungkin mereka akan batalkan penerbangan mereka.
Jadi, kita semua pun tak tau apa yang bakal berlaku kepada kita. Mungkin lagi 5 minit, petang, malam, esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan ajal kita akan tiba. Oleh itu, belum lambat untuk kita sebagai umat Islam bertaubat dengan Allah S.W.T memohon keampunanNYA. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan di saat-saat 10 malam terakhir ini, pintu taubat sentiasa terbuka dan taubat di bulan Ramadhan adalah yang paling istimewa dijanjikan Allah.
Pesan untuk diri sendiri dan kawan-kawan, Ingatlah mati itu pasti, Alam Barzakh itu pasti, Dunia hanya sementara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment