Monday, 10 August 2015

Tips didik anak untuk suka makan sayur

Assalamualaikum w.b.t;

Lama rasanya tak update blog. sekarang dah masuk 25 Syawal. Masih sempat kot nak ucap selamat hari raya. hehe. 

Ok entry kali ni nak share cara-cara nak didik anak kecil untuk suka, minat makan sayur sampai boleh jadikan sayur tu sebagai snack untuk kunyah.

Saya bukan lah pandai sangat dan cara ni tak pasti lah berkesan untuk semua budak. Terdetik untuk nak share tips ni sebab saya telah diajukan soalan oleh kawan saya apabila dia tengok anak sulong saya yang kini berusia 2 tahun 4 bulan senang sangat makan sayur. Mana taknya bila makanan terhidang dia terus mintak "umi, nak sayur". Bawang pun dia bedal semua dia makan asalkan rupa dan bentuk seperti sayur. Dan pernah ketika dia nak jugak gigit lada sampai nangis. Kami iakan je la. Bila masuk mukut terus dia cakap "pedas umi". bagi minum air sekali minum je dah okey. Subhanallah, hebat anak umi tahan pedas hehe.

Ok berbalik kepada tips nya adalah, pertama, masa dia dah start boleh makan, setiap kali nak suap makanan ke dalam mulut saya akan cakap Maryam makan sayur sedapnya. Walaupun ketika tu sayur seperti carrot tu saya blend dengan bubur nasi beraama. So tak nampak rupa sayur. tapi saya akan ulang-ulang cakap macam tu. "Sedapnya Maryam makan sayur" atau "Maryam makan sayur, emm sedapnya". Dan intonasi nada tu kalau kita bercakap dengan anak-anak biar dengan penuh semangat dan drama orang kata hehe. Kalau tak, anak tak akan tertarik.

Kedua, setiap kali nak suap makanan, suapan yang pertama tu mulakan dengan memberi sayur. Tunjukkan pada anak sayur dan ulang proses pertama tadi. Tunjuk dan kata "Maryam makan sayur ni, sedapnya sayur". So, tips kedua adalah tunjuk rupa sayur. Saya ingat lagi masa dia mula- mula boleh bercakap, saya tunjuk sayur dan kata pada Maryam "kakak, ni sayur" dia pun ulang dengan bahasa dia yang kita pun tak faham lagi masa tu. Dia tunjuk dan kata "umi, sayur(dalam pelat dia la). So, mesej kat situ sampai. Anak dah kenal sayur dan dia akan suka pada sayur.

Jadi, mudah sangat kan ikut step pertama dan kedua ulang2 selalu memang InshaaAllah dengan izin Allah anak akan suka makan sayur dengan gembiranya. Alhamdulillah Maryam Sakeenah memang suka sangat makan sayur sekarang. Nanti tunggu tengok hasil si adik pulak samada cara ni menjadi ke tidak. Atau semua bergantung pada budak itu sendiri.

Gambar selingan : Kakak Maryam yang suka sangat makan sayur ;)

Sekian, terima kasih kerana sudi singgah. ;) 

No comments:

Post a Comment