Assalamualaikum.
Oleh kerana line maxis di rumah mertua di kelantan sangatlah susah nak dapat hari ni baru dapat nak update.
Semalam 27/09/2015 genap setahun Maryam Jameelah. Selamat hari jadi adik semoga menjadi anak umi dan abi yang solehah, taat perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
Sekejap sangat masa berlalu rasa macam baru je adik keluar dari perut umi. Alhamdulillah masa nak lahirkan adik memang sakit masa meneran tu beza dengan kakak masa nak teran melahirkan kakak tu terus hilang semua sakit contraction. Tetapi Allah permudahkan jugak untuk umi kuat semangat teran hingga adik keluar. Sakit contraction tak lama sebelum tu terus boleh meneran. Cuma ditakdirkan uri tak nak ikut adik keluar umi terpaksa diseluk semula.
Berbeza dengan kakak dari mula lahir terus diberi susu badan umi tapi adik terpaksa diberikan susu formula sebab umi belum sedar waktu tu.
Berbeza jugak dengan kakak sebab kakak dapat full breastfeed sampai 6 bulan umi tak campur lagi. Masuk 6 bulan baru umi campur susu formula. Adik pula masa mula keluar hospital terpaksa umi mintak ma tok bagi susu formula sebab kakak mengamuk marah adik minum susu badan. Tak lama pun sehari dua je lepas tu umi tak campur dah bagi susu badan. tapi bagus jugak ada hikmah sebab kuning adik menurun tak setinggi kakak.
Alhamdulillah adik dah setahun sekarang, walaupun adik kerap masuk hospital kerap sesak nafas tapi adik ceria, suka senyum, kecik-kecik pandai mencuit hati umi abi dan kakak dengan gelagat-gelagat adik. hehe.
Umi daoakn adik membesar dengan sihat. Umi doa kat Allah supaya penyakit lelah adik ni akan berakhir dan tak berlarutan hingga adik besar kerana umi tau betapa seksanya sakit tu.
Sampai sini je entry kali ni. Next entry mungkin umi akan ceritakan pengalaman penuh detik2 sebelum, semasa dan selepas melahirkan adik. Pengalaman kakak, pengalam pertama bersalin pun belum pernah umi cerita. InshaaAllah pada entry akan datang semua umi cerita.
Sekian,
ummu Maryam.