Thursday, 9 April 2015

DILEMA

Bismillahirrahmanirrahim. Assalmualaikum. 

fuhhh, lama rupanya biarkan blog ni menyepi. Last post masa mengandung anak kedua masa tu lagi dua bulan perut nak meletop. hehe. Sekarang anak kedua dah 2 bulan lebih. Biasa lah, bila dah beranak dua, masa tu dah menjadi semakin busy, suntuk nak kena kerja lagi balik uruskan dua orang anak lagi. Memang letih tak terkata. Pengalaman yang sangat mencabar. (nanti kalau rajin nak update blog pengalaman melahirkan anak kedua tu dan bandingkan dengan pengalaman anak pertama.)

Hmm, sekarang dalam dilema samada nak berhenti kerja ke tidak. Bagi wanita bekerjaya macam saya dan mempunyai anak-anak kecil mesti semua menghadapi masalah dan tekanan yang sama kan? Anak-anak kecil antibodi tak kuat asyik sakit. Bila sakit kita kena cuti. asyik apply EL je prestasi kerja nampak teruk daripda orang lain yang tak ada anak kat Office ni. Kalau dapat bos yang memahami tak apa. Tapi kalau dapat bos yang buat2 faham tapi dalam hati dia sebenarnya sebaliknya memang susah la.

So, sekarang ni tengah buntu hari2 tengah fikir nak hantar resignation letter ke tidak. Kalau resign macam mana? takut nak menghadapi. Sebab kalau nak harap suami je yang kerja nampaknya kena ikat perut la kami.

Tapi, kadang-kadang meronta-ronta nak submit resignation letter bila fikir nak jaga anak dan focus pada bisnes online. Pelbagai nasihat jugak yang saya dah kumpul. Ada yang suggest suruh berhenti and focus pada bisnes online. Yang tak biasa buat bisnes pulak lain nasihatnya.Dorang cakap jangan berhenti kerja je. Hmmm. stress jugak hari2 mcm ni. Hati pulak dah tak ada hati nak kerja bila fikirkan bekerja di office yang dikelilingi orang-orang yang semuanya tak ada anak kecil. Oh, stress!

Sesiapa yang terbaca entry saya ni boleh la bagi cadangan dan kata-kata semangat untuk saya yang dalam dilema ni. :)

No comments:

Post a Comment