Sunday, 19 April 2015

MENCARI PENYEWA RUMAH / BILIK

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni 1 Rejab. Sunguh cepat masa berlalu dah nak menghampiri Ramadhan. Semoga Allah pertemukan kita dengan Ramadhan lagi pada tahun ni.

Saya dan husband ada rumah di Bandar Seri Sendayan. Kami sewakan rumah tersebut tak tinggal di sana memandangkan husband kerja di KL. Rumah kami setingkat tetapi corner lot dengan keluasan 20x80. Sekarang sedang mencari penyewa samada yang nak sewa satu rumah atau yang sedang mencari bilik sahaja.

Sepanjang kami menyewakan dan mencari penyewa ni pelbagai ragam manusia yang kami jumpa. Daripada pebagai ragam ni membuatkan kami lebih matang dan berhati-hati dalam memilih penyewa. Mungkin nanti saya akan kongsikan tips untuk memilih penyewa rumah.

Pada bulan September  tahun lepas (2014) rumah da siap sepenuhnya dan kami dapat kunci. Bulan November kami iklankan untuk sewa dan dalam masa beberapa hari sahaja dah ada orang contact kami untuk sewa. Katanya dia seorang penjaga/pengusaha rumah anak-anak yatim. Dia minta kami berikan sewa yang murah memandangkan dia nak letak anak yatim. Kami kurangkan banyak jugak daripada harga asal yang kami bercadang untuk sewakan memikirkan nasib anak-anak yatim sebab kami diberitahu rumah lama yang dijadikan asrama anak-anak yatim hendak dijual oleh owner rumah tersebut dan mereka memerlukan rumh untuk tinggal dengan kadar yang segera.

Namun, apa yang menyedihkan penyewa kami ni cakap-cakap belakang. Dia kata pada jiran yang kami bahawa kami ni pentingkan diri sendiri sebab tak nak bagi sewa mengikut rate harga yang dia minta. Nasib la jiran kami yang tau berapa harga rumah dan bayaran bulanan yang kami tanggung. Dia terus jawab "kalau saya pun tak akan bagi, sebab saya bayar bank pun dengan jumlah RM **** sebulan. 

Tak sangka kami orang yang menganggap diri sebaik-baik manusia kerana menjaga anak-anak yatim pun sangggup mengata kami. Dan rupa-rupanya kisah rumah hendak dijual dan memerlukan rumah baru dengan keadaan segera juga adalah pembohongan semata-mata.


minggu lepas saya iklankan dan ada seorang budak perempuan yang betudung manis (mengikut gambar profile di whatsapp) terus whatsapp saya dan kata nak sewa. Saya kata boleh tapi kemasukan bulan Mei. Tapi budak perempuan ni nampaknya dah tak sabar-sabar nak masuk denganbi alasan sekarang tinggal dirumah nenek dan ramai lelaki. Jadi dia kata tak selesa tinggal di rumah nenek.

Ok. memandangkan kesian dengan nasib dia, saya berbincang dengan husband dan bersetuju untuk bagi dia sewa dan masuk dengan segera. Jadi, kami dah tetapkan waktu pukul 4 lebih semalam untuk berjumpa.

Tapi, bila waktu yang kami berjanji untuk jumpa dah tiba, perempuan tu tak sampai lagi Kami tunggu sampai pukul 5 dan whatasapp tanya di mana. Dia mintak kami tunggu lagi 20 minit. So, kami tunggu. Bila dah 20 minit tak sampai lagi kami call lagi. Dia kata dah ada di kawasan luar ni dekat dengan area sekian-sekian. So kami kata okey sebab memang dah dekat kami tunggu dan kami memberikan petunjuk jalan ke rumah macam mana.

Sepatutnya bila dah dekat dalam masa 5 minit pun boleh smpai tapi dah dekat setengah jam tak muncul-muncul jugak. Saya call lagi dia kata kami dekat kawasan sekian yang tadi dia pun berada di situ. Semasa berbual di telefon, nada dan cara dia bercakap tu saya dah boleh tangkap yang dia sebnarnya sedang memutar belitkan cerita dan mencari idea untuk suruh saya tunggu sedangkan dia belum smpai lagi di kawasan rumah.

Disebabkan sangat kecewa, anak-anak pun dah meragam sangat sebab kepenatan dah 2 jam lebih tunggu, husband kunci pintu pagar semua decide nak cancel bagi sewa. Namun, bila husband start kereta perempuan tu call merayu suruh tunggu dia dah nak smpai. Ok, fine husband saya kata ni last chance.

Akhirnya dia smpai bersama dua lagi kawannya. Alangkah terkejutnya kami bila penampilan yang ditunjukkan sangat mengecewakan. Pakaian sangat-sangat menjolok mata. Jauh daripada gambar yang diletakkan sebagai DP whatsapp. Hati saya ketika itu kecewa dan malu pun ada sebab husband ada pakaian mcm tu tak sesuai untuk lelaki tengok.

Setelh berbincang dengan husband, kami tak jadi nak sewakan pada perempuan tu. Bukan sebab pakaian sebab pakaian seksi tak semestinya orng tu teruk. Tapi disebabkan attitude dan suka berdolak dalih, kami ambil keputusan tak nak sewakan.

Itulah antara pengalaman-pengalaman yang saya rajin nak berkongsi hari ni. Kalau nak cerita lagi memang banyak. Jari dah tak boleh nak teruskan. hehe.

Nasihat saya, berhati-hati dalam memilih penyewa kalau tak kita sebagai tuan rumah yang akan menanggung segala akibat yang terjadi.

Sekian. Salam sayang~ :)



p/s: kalau anda antara yang tengah mencari rumah/ bilik untuk disewa boleh contact saya.



No comments:

Post a Comment