Sunday, 29 November 2015

PENDAFTARAN PERCUMA - TASKA KASIH MARYAM

Assalamualaikum wbt;

Dah akhir tahun ni mesti ada ibubapa yang sedang mencari taska untuk anak-anak kan?

Berita baik, untuk ibubapa, kami akan memberikan pendaftaran PERCUMA kepada ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka pada tahun 2016. Bermakna, ibubapa tidak perlu membayar yuran pendaftaran. 

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 012-9082431/0122932439. 


Sunday, 27 September 2015

Maryam Jameelah kini setahun

Assalamualaikum.

Oleh kerana line maxis di rumah mertua di kelantan sangatlah susah nak dapat hari ni baru dapat nak update.

Semalam 27/09/2015 genap setahun  Maryam Jameelah. Selamat hari jadi adik semoga menjadi anak umi dan abi yang solehah, taat perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. 

Sekejap sangat masa berlalu rasa macam baru je adik keluar dari perut umi. Alhamdulillah masa nak lahirkan adik memang sakit masa meneran tu beza dengan kakak masa nak teran melahirkan kakak tu terus hilang semua sakit contraction. Tetapi Allah permudahkan jugak untuk umi kuat semangat teran hingga adik keluar. Sakit contraction tak lama sebelum tu terus boleh meneran. Cuma ditakdirkan uri tak nak ikut adik keluar umi terpaksa diseluk semula.

Berbeza dengan kakak dari mula lahir terus diberi susu badan umi tapi adik terpaksa diberikan susu formula sebab umi belum sedar waktu tu.

Berbeza jugak dengan kakak sebab kakak dapat full breastfeed sampai 6 bulan umi tak campur lagi. Masuk 6 bulan baru umi campur susu formula. Adik pula masa mula keluar hospital terpaksa umi mintak ma tok bagi susu formula sebab kakak mengamuk marah adik minum susu badan. Tak lama pun sehari dua je lepas tu umi tak campur dah bagi susu badan. tapi bagus jugak ada hikmah sebab kuning adik menurun tak setinggi kakak.

Alhamdulillah adik dah setahun sekarang, walaupun adik kerap masuk hospital kerap sesak nafas tapi adik ceria, suka senyum, kecik-kecik pandai mencuit hati umi abi dan kakak dengan gelagat-gelagat adik. hehe.

Umi daoakn adik membesar dengan sihat. Umi doa kat Allah supaya penyakit lelah adik ni akan berakhir dan tak berlarutan hingga adik besar kerana umi tau betapa seksanya sakit tu. 

Sampai sini je entry kali ni. Next entry mungkin umi akan ceritakan pengalaman penuh detik2 sebelum, semasa dan selepas melahirkan adik. Pengalaman kakak, pengalam pertama bersalin pun belum pernah umi cerita. InshaaAllah pada entry akan datang semua umi cerita.

Sekian,
 ummu Maryam. 

Tuesday, 1 September 2015

Kenangan Pertama Ditinggalkan

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekarang tengah uruskan pendaftaran kemasukan pelajar baru.

Diberi kaunter khas untuk pelajar nak buat rayuan bagi tak mampu bayar lagi yuran. Jadi sementara tak ada pelajar baru buat rayuan cuma memerhati gelagat-gelagat student baru.

Semua berpakaian macam budak sekolah lagi baju putih kain/seluar hitam. Ini memudahkan urusetia untuk membezakan mana student mana family. comel je. hehe

Memerhati gelagat pelajar mendaftar memang mengembalikan kenangan lama semasa mula mendaftar sebagai pelajar Universiti 9 tahun yang lalu.

Dulu masa beratur untuk proses pendaftaran hati tak tenang jantung berdegup laju mata tak tahan nak berkaca sebab mengingatkan bakal ditinggalkan oleh mama dan ayah lepas selesai sesi pendaftaran. Maklumlah pertama kali berenggang dan mengingatkan bakal tidur di hostel buat pertama kali memang menyedihkan ketika itu.

Selesai je proses pendaftaran dan lepas masukkan beg dan barang-barang semua ke bilik, ayah, mama, mek (nenek), ijah (kembar) semua yg datang hantar hari tu nak balik berlinangan air mata. Lepas hantar je mereka di tempat parking mereka bermulalah drama melayu.

Berjalan menuju ke hostel tanpa tengok orang keliling hanya air mata je yang mengalir dengan laju.  perasaan waktu tu bercampur sedih yang amat dan malu kepada orang sekeliling sepanjang perjalanan nak ke hostel.hihi

Sampai di bilik hostel menyepi di tepi dinding air mata tak henti-henti mengalir. Kawan-kawan sebilik yang lain semua dah start bersembang bersuka ria. Dalam hati ummi masa tu "diorang ni tak rindu family ke?". Rupanya semua dah biasa duduk asrama waktu sekolah menengah. 

Bila mengimbau kenangan minggu orientasi tersebut dengan kawan-kawan sebilik dulu yang kini semua dah jadi bestfriend rupanya waktu awal tu mereka anggap umi sombong. Yela muka tak nak senyum je sebab hati tengah sedih sangat berjauhan dengan family. hehe

Tapi sekarang bila ingat waktu tu sebenarnya minggu orientasi tu lah yang paling seronok kenangan semua aktiviti yang dibuat bersama-sama memang tak bileh dilupakan.

Dan, yang paling penting sebenarnya tarikh 2/7/2006 merupakan hari pertama ternampak abi maryam sakeenah dan maryam jameelah walaupun tak kenal tak bercinta lagi pun masa tu. hihihi.

Wednesday, 19 August 2015

Pandangan doktor - Maryam Jameelah

Assalamualaikum w.b.t;

Hari ni hari kedua Maryam Jameelah admitted. Kali ketiga sejak dilahirkan. Kesian anak ummi.

Abi ambik masa adik ambik neb. Adik good girl ambik neb tak nangis sebab rasa lega. Umi mata panda dah lebam sana lebam sini.;)

Kata doktor, Jameelah adalah jenis kumpulan budak-budak yang sangat sensitif yang perlukan pengawasan dan jagaan yg sangat rapi. Kalau ada je sesiapa yang tak sihat demam, batuk, selesema Jameelah akan senang berjangkit sebab paru-paru belum cukup matang walau dah 11 bulan. Ambik masa untuk matang.

Kali ni berjangkit dengan umi abi dua-dua diberi ujian sakit pada waktu yang sama. Memang terasa sangat ujian kali ni sebab first time masinh-masing tak sihat, lemah terpaksa melayan kerenah anak-anak. Tambahan pulak, anak-anak pun merengek je rupa-rupanya dua-dua pun dah nak sampai virus ke badan masing-masing. Memang ujian pertama kali. atapi takpe, umi abi bersyukur.

Berbalik pada adik Jameelah, bila ditanya  pandangan doktor apa perlu umi buat, doktor senyum dan kata "ibu dia je la ubatnya, takde yang lain. ibu kena berkorban, cuti dulu sampai dia betul-betul sihat, paru-paru betul-betul matang. Ambik la unpaid leave ibu".

Jadi, umi akan buat istikharah. Abi pun dah setuju dengan doktor. Memandangkn tak ada istilah unpaid leave untuk pekerja kontrak, maka resignation je la mungkin.

-Ummu Maryam-

Monday, 10 August 2015

Tips didik anak untuk suka makan sayur

Assalamualaikum w.b.t;

Lama rasanya tak update blog. sekarang dah masuk 25 Syawal. Masih sempat kot nak ucap selamat hari raya. hehe. 

Ok entry kali ni nak share cara-cara nak didik anak kecil untuk suka, minat makan sayur sampai boleh jadikan sayur tu sebagai snack untuk kunyah.

Saya bukan lah pandai sangat dan cara ni tak pasti lah berkesan untuk semua budak. Terdetik untuk nak share tips ni sebab saya telah diajukan soalan oleh kawan saya apabila dia tengok anak sulong saya yang kini berusia 2 tahun 4 bulan senang sangat makan sayur. Mana taknya bila makanan terhidang dia terus mintak "umi, nak sayur". Bawang pun dia bedal semua dia makan asalkan rupa dan bentuk seperti sayur. Dan pernah ketika dia nak jugak gigit lada sampai nangis. Kami iakan je la. Bila masuk mukut terus dia cakap "pedas umi". bagi minum air sekali minum je dah okey. Subhanallah, hebat anak umi tahan pedas hehe.

Ok berbalik kepada tips nya adalah, pertama, masa dia dah start boleh makan, setiap kali nak suap makanan ke dalam mulut saya akan cakap Maryam makan sayur sedapnya. Walaupun ketika tu sayur seperti carrot tu saya blend dengan bubur nasi beraama. So tak nampak rupa sayur. tapi saya akan ulang-ulang cakap macam tu. "Sedapnya Maryam makan sayur" atau "Maryam makan sayur, emm sedapnya". Dan intonasi nada tu kalau kita bercakap dengan anak-anak biar dengan penuh semangat dan drama orang kata hehe. Kalau tak, anak tak akan tertarik.

Kedua, setiap kali nak suap makanan, suapan yang pertama tu mulakan dengan memberi sayur. Tunjukkan pada anak sayur dan ulang proses pertama tadi. Tunjuk dan kata "Maryam makan sayur ni, sedapnya sayur". So, tips kedua adalah tunjuk rupa sayur. Saya ingat lagi masa dia mula- mula boleh bercakap, saya tunjuk sayur dan kata pada Maryam "kakak, ni sayur" dia pun ulang dengan bahasa dia yang kita pun tak faham lagi masa tu. Dia tunjuk dan kata "umi, sayur(dalam pelat dia la). So, mesej kat situ sampai. Anak dah kenal sayur dan dia akan suka pada sayur.

Jadi, mudah sangat kan ikut step pertama dan kedua ulang2 selalu memang InshaaAllah dengan izin Allah anak akan suka makan sayur dengan gembiranya. Alhamdulillah Maryam Sakeenah memang suka sangat makan sayur sekarang. Nanti tunggu tengok hasil si adik pulak samada cara ni menjadi ke tidak. Atau semua bergantung pada budak itu sendiri.

Gambar selingan : Kakak Maryam yang suka sangat makan sayur ;)

Sekian, terima kasih kerana sudi singgah. ;) 

Friday, 3 July 2015

Cara didik anak-anak kecil seawal setahun.

Sebenarnya, anak-anak kecik tak susah pun nak bentuk dan ajar. Kita tak payah sibuk nak paksa dia belajar sampai anak jadi bosan. Cara yang paling senang sebenarnya biarkan mereka buat apa yg mereka suka. Tapi pada mulanya kita lah yang kenalkan dengan mereka dengan bahan-bahan tu. sebagai contoh kalau kita nak dia pandai dan kenal alif ba ta beli lah flash card ataupun VCD alif ba ta dan pasang. lepas tu kalau dia sendiri yang minat dia akan suruh kita pasang 24 jam sehari sampaikan kita mak bapak ni dah boleh terminate astro dan seumpamanya sebab tiap-tiap waktu tengok benda yg sama je. Kemudian kalau nak uji boleh la gunakan flash card tu tanya ni anak-anak ni huruf apa, kalau mood dia okey dia akan jawab. kalau sekali tanya dia tak nak jawab cuba kali kedua kalau dia tak nak jawab jugak tu jangan paksa. 

Alhmdulillah maryam sakeenah suka sangat tgk alif ba ta, lepas ambik dari taska belum sempat masuk rumah pun dia dah kata nak alif ba ta, boleh dikatakan kami ni dah dekat 2 bulan la tak menonton tv. sekarang ramai duk gila dengan cerita-cerita melayu tu isteri luar biasa ke, isteri kau isteriku jua ke apa2 lagi lah seumpanya ( bagus jugak kami tak buka tv Alhamdulillah sebab mengelakkan umi dan abi dia ni dari tengok cerita yang tak bertamadun peluk sana peluk sini. anak-anak pun boleh dilindungi daripada menonton benda-benda yang tak sepatutnya).
Maryam dan sepupu kesayangan, enjoy tengok alif ba ta

Ok berbalik kepada minat dan sukanya maryam Sakeenah duk ulang-ulang alif ba ta 24 jam tu hasilnya kami tengok dia boleh hafal setiap lagu. kami beli VCD alif ba ta kumpulan alif tu. So, banyak lagu2 mengikut huruf. Boleh dikatakan setiap lagi dia hafal siap rentak gaya mcm mana kumpulan alif tu menari pun dia hafal. bila part huruf 'mim' contohnya, dia tau dan dia pun akan nyanyi " 'mim' 'mim' 'mim' di atas ma" hehe. 

Sama juga macam lagu lain sebagai contoh saya carikan lagi 'colours' dan kenalkan pada Maryam Sakeenah. Dia memang tertarik dan suka. Apa yang mengejutkan kami, kami tak pernah tanya pun kakak ni warna apa, kakak ni ap, tapi dia sendiri tang sebut bila dia nampak benda yang warna kuning dia akan kata 'yellow'. Then, biasalah umi abi yang excited ni akan muka la tanya lagi tanya lagi tanya lagi, Alhamdulillah memang dia kenal warna. Pastu, bila dah bosan kena tanya tu mula la purple pun jadi yellow, yellow jadi green. hehe.

Daripada pemerhatian saya, anak-anak kecik seawal setahun tak perlu dipaksa. Sebab apa, mereka belajar sendiri melalui apa yang mereka perhatikan dan dengar. Sebab itu juga, tingkah laku kita sebagai parents amat penting. Tunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik, sebab anak memang akan perhati dan bertindak mcm mana ibubapa dia bertindak. Kalau depan anak kita bercakap kasar, anak kita pun akan bercakp kasar sebab dia ingat memang macam tu lah cara yang betul. 

Teringat satu malam tu, Maryam Sakeenah nak ketuk kepala adik. Lepas sekali okey lagi bila nk buat kali kedua umi ni geram jugak sebab kesiankan si adik, maka buat2 la pukul olok2. Then dia menangis dan saya kata kakak buat adik umi letak dalam bilik gelap ni. Dia nangis dan kata 'nanak umi kakut' hehe. (kesian dia, menyesal umi sebab dia bukan tau apa2 pun). Then semalam, dia main dengan abi dia, abi buat2 menangis. Maryam Sakeenah ni terus tarik abi dia pergi bilik yang saya tipu2 nak letak dia tu, tolak abi dia pastu bila abi dah masuk dalam bilik dia cubit dan cuba nak tutup pintu. Terkejut Sakeenah buat mcm tu, terus husband tanyakan pada saya, "Umi ada cubit kakak ke masa ugit nak letak dalam bilik tu?". Saya tergelak dan kata "tak ada" sebab memang tak cubit. haha pandai pulak dia menokok tambah. Tapi itulah, moral of the story bersabar je lah dengan anak- abak jangan buat mcm apa saya buat tu memang tak patut. Silap haribulan adik dia pulak jadi mangsa. 

Maka itulah sebenarnya apa yang perlu diberikan pada anak-anak kecik. kenalkan sesuatu dengan apa yg kita nak dia pandai dan biarkan dia sendiri yang menentukan samada dia suka atau tidak. Dan biarkan dia belajar sendiri jangan kita ibubapa ni sibuk sangat nak anak tu pandai sampai hari2 buat kelas tusyen untuk anak- anak kecik ni. Kalau nak dia jadi hafiz besar-besar nanti, kenalkan la dengan ayat2 alquran je bagi dengar setiap hari. 

Semoga bermanfaat untuk anda ibubapa di luar sana tang semua masih sama mcm saya pengalaman menjadi ibu ni baru 2 tahun jagung hehehe.

Sekian. 

p/s: teringat pulak maryam sakeenah masa umur setahun 3 bulan panggil kereta kami dengan nama Allah, sebab bila naik je kami selalu pasang lagu raihan dan ada lagu sifat 20 tu. Dan dia pun dah hafal sifat-sifat Allah walaupun pelat. bunyi yang depan Allah jujud (wujud). Kalau dia kata nk Allah tu maksudnya nak naik kereta. hehe tapi sekarang dah 2 tahun ni dah pandai membezakan dan sebut kereta dengn betul. 

Tuesday, 30 June 2015

Tips kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

Assalamualaikum. hari ni dah masuk hari ke 14 Ramadhan. cepat betul masa belalu.

Walaupun dah hri yang ke 14 masih ramai yang tidak dapat mengekalkan tenaga di siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Oleh itu, saya nak berkongsi makanan yang saya amalkan untuk mengekalkan badan yang sihat dan bertenaga sepanjng bulan puasa. 

Susu kambing - saya mengamalkan untuk meminum susu kambing ketika bersahur. Alhamdulillah dengan izin Allah, hanya bersahur dengan susu kambing badan dapat kekal bertenaga sepanjng hari dan dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin. 

 susu kambing mukmin - berminat untuk membeli boleh terus whtsapp/ call 0129082431 
     

Kurma - Kurma mengandungi tenaga yang tinggi. Kebaikan buah kurma dapat menjdikan perut kita kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Alhamdulillah, time-time keletihan (jam loceng pun dah tak dengar bunyi) dan tak sempat nak sediakan makanan untu bersahur tu, just makan kurma dan minum air suam memag dah mencukupi. 


Madu - Madu pun ramai dah ketahui memnag sangat berkhasiat. Husband lately ni ada gastrik. So, sekarang dia tak akan skip mkan madu kerana madu Alhamdulillah mujarab untuk mengelakkan perut daripada gastrik yang melampau.

Setakat ini itu sahaja makanan yang kami amlakan untuk kekal bertenaga dan sihat di bulan puasa. 

Bagi anda pula, selain susu kambing, kurma dan madu, anda juga boleh amalkan makanan- makanan sunnah yang lain seperti buah tin, minyak zaitun,  dan sebagainya. Sesungguhnya setiap jenis makanan sunnah mempunyai khasiat yang tersendiri.

Dengan makanan sunnah, kesihatan lebih terjamin dan bertenaga, InshaaAllah. 

Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkn masa membaca entri saya ;)

Sunday, 28 June 2015

PETUA HILANGKAN PARUT APABILA TERKENA MINYAK PANAS

Assalamualaikum wbt, Salam 12 Ramadhan. 

Hari ni saya nak share petua yang selalu saya amalkan bila terkena percikan minyak masak yang panas time sedang memasak. 

Dulu sebelum amalkan petua ni memang setiap kali terkena percikan minyak panas  tu akan berparut jadi hitam pda bahagian kulit yang terkena tu. sehingga lah pada suatu hari bila maid pakcik saya perasan tangan saya yang berparut tu dia tegur dan tanya apa saya buat bila kena minyak panas tu? Saya jawab, "terus basuh dengan air lah, kan sakit". hehe. Rupa-rupanya maid pakcik saya cakap salah apa yang selama ni saya buat tu. Dia kata sebab basuh dengan air terus lah yang menyebabkab kulit jadi berparut dan hitam. 

Then, pada suatu hari tu sedang memasak percikan minyak masak yang panas tu kena pada bahagian muka sebelah kanan saya. memang banyak sangat dan sakit. masa tu terus ingat petua yang maid pakcik saya amalkan dan terus buat. Alhamdulillah, dengan izin Allah memang mujarab tak ada langsung parut pada muka. 

Ok. ni petua dia sangat senang tak wrlu nak guna bajet yang banyak. Bahannya cuma satu iaitu:-

UBAT GIGI. tak kisahlah jenama apa asalkan sejenis ubat gigi. ;)

Caranya pulak senang sahaja. Apabila terkena minyak panas tu terus sapukan ubat gigi pada bahagian kulit yang terkena mintak panas tu. tak payah sapu segenggam ubat gigi pun tak apa setakat sapu biar rata dan melekat pada kulit. Kemudian biarkan sehingga ubat gigi tersebut kering. Kebiasaannya saya akan biarkan lama sehingga warna putih ubat gigi di kulit dah tak kelihatan. 

Akhir sekali, bilas dengan air dan anda akn ligat kesannya. Selamat mencuba! :)

Disclaimer
Ini hanyalah petua yg saya amalkan dan mujarab berhasil pada kulit saya. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya petua ini tidak berhasil pada kulit anda. Lain orang lain hasilnya.

Sunday, 19 April 2015

MENCARI PENYEWA RUMAH / BILIK

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni 1 Rejab. Sunguh cepat masa berlalu dah nak menghampiri Ramadhan. Semoga Allah pertemukan kita dengan Ramadhan lagi pada tahun ni.

Saya dan husband ada rumah di Bandar Seri Sendayan. Kami sewakan rumah tersebut tak tinggal di sana memandangkan husband kerja di KL. Rumah kami setingkat tetapi corner lot dengan keluasan 20x80. Sekarang sedang mencari penyewa samada yang nak sewa satu rumah atau yang sedang mencari bilik sahaja.

Sepanjang kami menyewakan dan mencari penyewa ni pelbagai ragam manusia yang kami jumpa. Daripada pebagai ragam ni membuatkan kami lebih matang dan berhati-hati dalam memilih penyewa. Mungkin nanti saya akan kongsikan tips untuk memilih penyewa rumah.

Pada bulan September  tahun lepas (2014) rumah da siap sepenuhnya dan kami dapat kunci. Bulan November kami iklankan untuk sewa dan dalam masa beberapa hari sahaja dah ada orang contact kami untuk sewa. Katanya dia seorang penjaga/pengusaha rumah anak-anak yatim. Dia minta kami berikan sewa yang murah memandangkan dia nak letak anak yatim. Kami kurangkan banyak jugak daripada harga asal yang kami bercadang untuk sewakan memikirkan nasib anak-anak yatim sebab kami diberitahu rumah lama yang dijadikan asrama anak-anak yatim hendak dijual oleh owner rumah tersebut dan mereka memerlukan rumh untuk tinggal dengan kadar yang segera.

Namun, apa yang menyedihkan penyewa kami ni cakap-cakap belakang. Dia kata pada jiran yang kami bahawa kami ni pentingkan diri sendiri sebab tak nak bagi sewa mengikut rate harga yang dia minta. Nasib la jiran kami yang tau berapa harga rumah dan bayaran bulanan yang kami tanggung. Dia terus jawab "kalau saya pun tak akan bagi, sebab saya bayar bank pun dengan jumlah RM **** sebulan. 

Tak sangka kami orang yang menganggap diri sebaik-baik manusia kerana menjaga anak-anak yatim pun sangggup mengata kami. Dan rupa-rupanya kisah rumah hendak dijual dan memerlukan rumah baru dengan keadaan segera juga adalah pembohongan semata-mata.


minggu lepas saya iklankan dan ada seorang budak perempuan yang betudung manis (mengikut gambar profile di whatsapp) terus whatsapp saya dan kata nak sewa. Saya kata boleh tapi kemasukan bulan Mei. Tapi budak perempuan ni nampaknya dah tak sabar-sabar nak masuk denganbi alasan sekarang tinggal dirumah nenek dan ramai lelaki. Jadi dia kata tak selesa tinggal di rumah nenek.

Ok. memandangkan kesian dengan nasib dia, saya berbincang dengan husband dan bersetuju untuk bagi dia sewa dan masuk dengan segera. Jadi, kami dah tetapkan waktu pukul 4 lebih semalam untuk berjumpa.

Tapi, bila waktu yang kami berjanji untuk jumpa dah tiba, perempuan tu tak sampai lagi Kami tunggu sampai pukul 5 dan whatasapp tanya di mana. Dia mintak kami tunggu lagi 20 minit. So, kami tunggu. Bila dah 20 minit tak sampai lagi kami call lagi. Dia kata dah ada di kawasan luar ni dekat dengan area sekian-sekian. So kami kata okey sebab memang dah dekat kami tunggu dan kami memberikan petunjuk jalan ke rumah macam mana.

Sepatutnya bila dah dekat dalam masa 5 minit pun boleh smpai tapi dah dekat setengah jam tak muncul-muncul jugak. Saya call lagi dia kata kami dekat kawasan sekian yang tadi dia pun berada di situ. Semasa berbual di telefon, nada dan cara dia bercakap tu saya dah boleh tangkap yang dia sebnarnya sedang memutar belitkan cerita dan mencari idea untuk suruh saya tunggu sedangkan dia belum smpai lagi di kawasan rumah.

Disebabkan sangat kecewa, anak-anak pun dah meragam sangat sebab kepenatan dah 2 jam lebih tunggu, husband kunci pintu pagar semua decide nak cancel bagi sewa. Namun, bila husband start kereta perempuan tu call merayu suruh tunggu dia dah nak smpai. Ok, fine husband saya kata ni last chance.

Akhirnya dia smpai bersama dua lagi kawannya. Alangkah terkejutnya kami bila penampilan yang ditunjukkan sangat mengecewakan. Pakaian sangat-sangat menjolok mata. Jauh daripada gambar yang diletakkan sebagai DP whatsapp. Hati saya ketika itu kecewa dan malu pun ada sebab husband ada pakaian mcm tu tak sesuai untuk lelaki tengok.

Setelh berbincang dengan husband, kami tak jadi nak sewakan pada perempuan tu. Bukan sebab pakaian sebab pakaian seksi tak semestinya orng tu teruk. Tapi disebabkan attitude dan suka berdolak dalih, kami ambil keputusan tak nak sewakan.

Itulah antara pengalaman-pengalaman yang saya rajin nak berkongsi hari ni. Kalau nak cerita lagi memang banyak. Jari dah tak boleh nak teruskan. hehe.

Nasihat saya, berhati-hati dalam memilih penyewa kalau tak kita sebagai tuan rumah yang akan menanggung segala akibat yang terjadi.

Sekian. Salam sayang~ :)



p/s: kalau anda antara yang tengah mencari rumah/ bilik untuk disewa boleh contact saya.



Thursday, 9 April 2015

DILEMA

Bismillahirrahmanirrahim. Assalmualaikum. 

fuhhh, lama rupanya biarkan blog ni menyepi. Last post masa mengandung anak kedua masa tu lagi dua bulan perut nak meletop. hehe. Sekarang anak kedua dah 2 bulan lebih. Biasa lah, bila dah beranak dua, masa tu dah menjadi semakin busy, suntuk nak kena kerja lagi balik uruskan dua orang anak lagi. Memang letih tak terkata. Pengalaman yang sangat mencabar. (nanti kalau rajin nak update blog pengalaman melahirkan anak kedua tu dan bandingkan dengan pengalaman anak pertama.)

Hmm, sekarang dalam dilema samada nak berhenti kerja ke tidak. Bagi wanita bekerjaya macam saya dan mempunyai anak-anak kecil mesti semua menghadapi masalah dan tekanan yang sama kan? Anak-anak kecil antibodi tak kuat asyik sakit. Bila sakit kita kena cuti. asyik apply EL je prestasi kerja nampak teruk daripda orang lain yang tak ada anak kat Office ni. Kalau dapat bos yang memahami tak apa. Tapi kalau dapat bos yang buat2 faham tapi dalam hati dia sebenarnya sebaliknya memang susah la.

So, sekarang ni tengah buntu hari2 tengah fikir nak hantar resignation letter ke tidak. Kalau resign macam mana? takut nak menghadapi. Sebab kalau nak harap suami je yang kerja nampaknya kena ikat perut la kami.

Tapi, kadang-kadang meronta-ronta nak submit resignation letter bila fikir nak jaga anak dan focus pada bisnes online. Pelbagai nasihat jugak yang saya dah kumpul. Ada yang suggest suruh berhenti and focus pada bisnes online. Yang tak biasa buat bisnes pulak lain nasihatnya.Dorang cakap jangan berhenti kerja je. Hmmm. stress jugak hari2 mcm ni. Hati pulak dah tak ada hati nak kerja bila fikirkan bekerja di office yang dikelilingi orang-orang yang semuanya tak ada anak kecil. Oh, stress!

Sesiapa yang terbaca entry saya ni boleh la bagi cadangan dan kata-kata semangat untuk saya yang dalam dilema ni. :)